RPH


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Tarikh                    : 13 Februari 2012                                                 Hari        : Isnin   

Masa                      :  30 minit                                                               Kelas      : Prasekolah Tunas

Subjek                   :  Bahasa Melayu

Tema                      :  Haiwan

Sub Tema              :  Haiwan Jinak

Standard Kandungan         : BM 1.1 Mendengar dengan penuh perhatian
                                                BM 2.1 Berinteraksi dengan mesra
                                                BM 3.5 Membaca perkataan
                                                KTI 2.1 Mengambil bahagian dalam aktiviti menyanyi
                                                PFK 1.1 Melakukan kemahiran motor halus
                                                KTI 1.1 Menggunakan pengetahuan tentang bahan dan teknik dalam menghasilkan karya seni
                                                                 


Standard Pembelajaran      : BM 1.1.5 Mendengar cerita serta memberi respons
                                                 BM 2.1.2 Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila dengan   bimbingan
                                                 BM 1.1.9 Membezakan jenis bunyi yang ada di persekitaran
                                                 BM 3.5.2 Membatangkan dua suku kata terbuka dan tertutup untuk menjadi perkataan dengan bimbingan
                                                 KTI 2.1.13 Menyanyi dengan gerakan
                                                 PFK 1.1.15 Menggunting menghasilkan satu bentuk
                                                KTI 1.1.5 Mewarnakan gambar dalam ruang tertentu

Hasil Pembelajaran             : Selepas pengajaran murid-murid akan dapat :

1.        Domain Kognitif :

 i. Bercerita tentang pelbagai jenis haiwan
 ii. Bercerita tentang haiwan jinak
                                iii. Menyatakan jenis-jenis bunyi haiwan jinak

2.        Domain Afektif :

        i. Menunjukkan sifat kasih sayang kepada haiwan peliharaan

3.        Domain Psikomotor :

i.    Menyanyi sambil membuat pergerakan secara kreatif
ii. Mewarna dan menggunting gambar dengan cara yang betul

ABM                      : Carta gambar, kad gambar, kad perkataan, lembaran kerja, gunting, gam, manilakad, salotip, pensil warna, getah

Pengisian Kurikulum :

i.                     Ilmu       : Kemahiran berinteraksi dengan orang lain
ii.                    Nilai       : Menghargai, menghormati, bekerjasama, rajin, berdisiplin
iii.                  Elemen Merentas Kurikulum :

a)     Kreatiif & Inovatif : menyoal dan mencari jawapan, membuat perkaitan dan melihat hubung kait, menjangka apa yang akan berlaku, membuat spekulasi tentang kemungkinan, meneroka idea, berfikir secara literal, dan sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea, tindakan dan hasil.

b)       Teknologi : Penguasaan dalam bidang ICT

Kemahiran                            : Berfikir, komunikasi, mencari maklumat.
Strategi                                  : Soal jawab, penerangan, Perbincangan, persembahan dan  
                                                 Penilaian.

Pengetahuan Sedia Ada      : Boleh menceritakan tentang jenis-jenis haiwan dan menyatakan
                                                 bunyi-bunyi haiwan yang biasa didengari di persekitaran.


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH ( RPH )
Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set induksi
(7 minit)









Perkembangan
Aktiviti 1
(10 minit)














Aktiviti 2
(8 minit)


Soal jawab










Nyanyian dan gerakan

Kad perkataan












Membuat topeng haiwan







 -Guru bertanya kepada murid tentang pelbagai jenis haiwan
- Guru menunjukkan carta gambar haiwan dan  menceritakan sedikit tentang jenis-jenis haiwan yang biasa dijumpai di persekitaran.
- Guru memperdengarkan rakaman bunyi-bunyi haiwan dan murid diminta untuk meneka bunyi haiwan tersebut.

-Guru mempamerkan senikata lagu haiwan kepada murid.
-Guru memperdengarkan lagu haiwan jinak kepada murid dengan iringan muzik.
-Guru mempamerkan kad gambar haiwan jinak dan meminta murid mencari gambar haiwan jinak yang serupa di dalam senikata lagu.

-Guru meminta murid cuba mengeja perkataan haiwan jinak tanpa melihat kad perkataan.
-Guru mempamerkan kad perkataan nama haiwan jinak kepada murid dan meminta murid mengeja perkataan berdasarkan kad perkataan yang ditunjuki oleh guru.

-Guru meminta murid membuat topeng haiwan. 
-Guru membimbing murid menyiapkan topeng haiwan langkah demi langkah dengan teknik yang betul.

-Murid menyebut nama-nama haiwan yang biasa dijumpai. Contohnya seperti kucing, burung, ayam dan itik.
-Murid mendengar dan memberi respon kepada gambar yang ditunjukkan
-Murid meneka bunyi-bunyi haiwan jinak dengan betul.



-Murid mendengar dan mengikut guru menyebut senikata lagu baris demi baris.
-Murid menyanyikan lagu haiwan jinak dengan gerakan secara kreatif.



-Murid cuba mengeja perkataan haiwan jinak dengan bimbingan.
-Murid mengeja perkataan nama haiwan jinak seperti kucing, ayam, burung dan itik.



-Murid membuat topeng haiwan dengan kreatif dan cantik dengan bimbingan guru.


BBB
Carta
gambar
Kad gambar
Laptop
Rakaman bunyi-bunyi haiwan jinak




BBB
Laptop
Senikata lagu





Literasi:
Kemahiran motor halus
Lembaran kerja







BBB

Manilakad
Gam
Gunting
Pensil warna
Getah
Salotep
Penutup
(5 minit)
Main Peranan
-Guru mengimbas kembali pengajaran tentang haiwan jinak.
-Guru meminta murid melakonkan watak-watak haiwan jinak dengan bimbingan guru.
-Murid-murid memberi respon kepada soalan guru.
- Murid-murid melakonkan watak-watak yang diberi dengan sempurna.
Pentas
Panggung boneka
Topeng





2 comments: