Warga Prasekolah Tunas SK Slim River
Keriangan bersama anak murid tersayang
MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Matlamat Pendidikan
prasekolah adalah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan masuk ke sekolah rendah. Menyuburkan potensi murid dalam aspek
perkembangan ialah merangkumi aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan
Sosial. Selain itu, menguasai kemahiran asas ialah kemahiran membaca, menulis
dan menaakul. Kemahiran ini adalah kemahiran asas dalam pendidikan prasekolah
yang juga dikenali sebagai 3M. Selain itu, memupuk sikap positif persediaan
masuk ke sekolah rendah penting kerana kelas prasekolah juga adalah sebagai
medium awal bagi memberikan kanak-kanak peluang, keseronokan dan melahirkan
sikap positif untuk persediaan belajar di sekolah seterusnya memasuki tahun 1.