Aktiviti murid prasekolah


MAIN PERANAN BAGI TEMA HAIWAN 

Aktiviti dipelbagaikan, murid-murid didedahkan dengan jenis-jenis haiwan jinak dan haiwan liar





Dalam konteks pendidikan prasekolah, bermain ialah satu proses pembelajarn yang terancang dan berstruktur dalam memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang informal, menyeonokkan, bebas dan selamat. Melaui bermain , kanak-kanak berinteraksi dengan bahan, orang lain atau secara bersendirian. Kanak-kanak merasa terhibur apabila mereka bermain. Bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokkan.

Mengikut Vygotsky (1967) Main peranan membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan mebentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikan dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperoleh proses pemikiran yang tinggi melalui bermain.

Main peranan bermaksud melakonkan . sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yan dianggap penting. Murid diberi peranan dan bertindak sebagai wayak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Contoh di sini adalah main peranan seperti melakonkan watak haiwan. Murid-murid berasa riang dan gembira dapat melakokan setiap watak yang diberi oleh guru.


MEMBUAT TOPENG HAIWAN


BERAMAI-RAMAI MENGGAYAKAN PELABGAI JENIS TOPENG HAIWAN


TEKNIK MEMBUAT TOPENG

SEJARAH TOPENG

Topeng adalah sesuatu yang universal di dalam pelbagai budaya dengan tujuan termasuk untuk tujuan upacara, hiasan, persembahan, aksesori fesyen atau sekadar menyembunyikan rupa yang sebenar atau menjadi salah satu barang permainan untuk kanak-kanak. Bahan-bahan yang digunakan semasa membuat topeng haiwan ini adalah seperti berikut :

CARA-CARA MEMBUAT TOPENG

Bahan - Bahan

1. Kad manila
2. Kertas tebal
3. Gunting
4. Gam
5. Salotep
6. Warna pensil atau krayon (dan berus)
7. Penebuk lubang
8. Gelang getah 


1. Dapatkan ukuran jarak mata yang betul untuk memastikan kedudukan mata betul-betul pada lubang yang ditebuk.Caranya adalah dengan menekap sekeping kertas A4 ke muka dan tanda kedudukan mata dengan merasa kedudukannya pada kertas. Kemudian tebuk dan tandakan bahagian tengah dengan satu garisan. Ini untuk memastikan topeng murid tegak dan tidak senget.

2. Lukis gambar yang diinginkan. Dalam contoh ini, gambar haiwan digunakan.

3. Kemudian tampal lapisan kedua kad manila di bahagian dalam supaya lebih keras. Gunting ikut bentuk dan tebuk lubang mata.

4. Tampalkan kertas keras yang dipotong seperti berikut di kiri dan kanan lubang mata.

5. Warnakan topeng menggunakan warna pensil atau krayon.

6. Ikat gelang getah di bahagian kertas keras yang telah ditebuk lubang menggunakan penebuk lubang. Jangan terlalu longgar hingga terlondeh dan jangan terlalu ketat hingga menyebabkan bahagian kertas keras koyak. Untuk menguatkan lagi topeng, tampalkam salotep pada bahagian pertemuan kertas keras dan topeng supaya tidak mudah koyak.

Selesai.. :) Mari cuba ramai-ramai..

AKTIVITI TAMBAHAN MURID PRASEKOLAH


BANNER 1 MALAYSIA
Murid menyiapkan banner 1 Malaysia
Pertandingan melukis dan mewarna banner peringkat daerah Batang Padang


 

TEMA : HAIWAN DI AIR
Murid mewarna gambar ikan di laut menggunakan warna air 



TEMA : TUMBUH-TUMBUHAN
Membuat cop pelepah pisang 



                                                    TEMA : TUMBUH-TUMBUHAN
                                                      Membuat cop pelepah pisang



MARI MENGENAL WAKTU DAN NOMBOR


MEMBUAT BENTUK BUAH LABU BAGI TEMA SAYUR-SAYURAN



RIANG RIA MURID PRASEKOLAH TUNAS

3 comments:

  1. Aktiviti yang baik..pandai juga murid=murid pra ni mewarna ye.Tahniah..ini adalah hasil usaha dan didikan cikgu Rozita

    ReplyDelete
  2. aktiviti yang sesuai supaya anak murid dapat belajar sambil bermain.

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih cikgu Annis dan cikgu Ivy...:)

    ReplyDelete